kyrunnisa^_^inspiration
Isnin, 15 November 2010
SINOPSIS CERPEN SETULUS HATI
SYARIFAH ELNIA seorang gadis jelita yang sering menjadi kegilaan ramai.Namun, sikapnya yang keras kepala telah membuat mereka berasa dirinya sukar untuk didekati.Walhal, itulah kenyataannya. SYAMER IMRAN sering bertembung dengan Elnia.Pertemuan itu juga pasti diiringi dengan pertengkaran. Namun jauh di sudut hati masing-masing, terselit satu perasaan aneh yang tidak pernah dirasai oleh mereka.Dalam keresahan,Elnia menanti debar perkhabaran dari Syamer yang sudah lama tidak bersua muka dengannya.Jiwanya yang keras umpama kerikil jalanan, mampu berubah menjadi hati yang tulus.Kehadiran SYED SYARIF semakin menyeksa batinnya.Lelaki itu sering kali mengingatkannya kepada Syamer.Wajah mereka mirip bak pelanduk dua serupa.Namun, Elnia berkeras menafikannya.Dia tidak mahu hatinya terpaut pada Syarif hanya kerana wajah mereka yang sama.Hatinya terusan bersabar menunggu kepulangan Syamer sedangkan dia tidak menyedari insan kesayangannya itu sentiasa disisi. Adakah Syarifah Elnia akan terus setia terhadap Syamer Imran? Atau hatinya akan goyah dek termakan cinta suci Syed Syarif? SYAMER IMRAN ataupun SYED Syarif menjadi pilihan SYARIFAH ELNIA?
Jumaat, 22 Oktober 2010
CERPEN SETULUS HATI...
“APA ni ma? Nia tak suka la”bentaknya.Wajah Puan Umairah dipandang geram. “Alaa… mama dah beli baju ni.Kalau Nia tak pakai, takkan nak buang.”Ujar mamanya.Elnia merenung baju yang terbentang di atas katil.Rasa marah mula menular.Tubuh dan matanya masih terkaku. Bibirnya terkumat-kamit menahan suara dari terluah. “sudah-sudah. Elnia, jangan degil.Ambil baju tu. Buat apa pakai baju macam tu? Baju kurungkan lebih sopan”tempik Syed Iskandar.Elnia mula ingin menjawab apabila papanya mencelah tetapi hasratnya terbantut kerana Syed Iskandar dan Puan Umairah sudah beredar.
"Oii, mata kau buta ke? Main tolak-tolak aku pula.Tangan tak ada insurance ke hahh?” terkial-kial Elnia ingin bangkit.Lelaki itu menoleh. “kau okey ke?”prihatin sungguh bunyinya “ewah-ewah!!! Nak sindir-sindir aku pula.Kau dah tau yang aku memang tak okey, kau tanya lagi apasal?”marah Elnia.Batu kecil di tepinya dibaling ke arah pelajar tersebut.Namun setiap balingannya langsung tidak mengena kerana pelajar itu cekap mengelak.Lama-kelamaan Elnia berputus asa.Apabila sekali lagi dia ingin berdiri.Perkara yang sama turut berlaku. “mari aku tolong” lelaki itu menawarkan khidmatnya.Elnia pantas menepis tangan itu. “jangan sentuh aku”amaran daripada Elnia tercetus jua.Pelajar itu mengangkat kedua belah tangannya seperti penjenayah menyerah diri.Setelah lama berusaha, barulah Elnia dapat menjejakkan kakinya dengan sempurna di atas tanah. “nama aku Syamer Imran.Kau?”Syamer memperkenalkan dirinya.Wajah Elnia dipandang sekilas.Elnia tidak mengedahkan soalan yang diajukan untuk dirinya.Dia menganggap Syamer sengaja mengambil kesempatan. “whatever.Talk to my hand”Elnia terus beredar.
“El, aku ternampak kau ada gaduh dengan mamat kelas sebelah dekat depan makmal.Apahal?”Syila bertanya.Hatinya makin tidak senang dengan sikap rakannya yang berhati batu itu.Elnia menjeling sahabatnya tanda dia tidak suka disoal begitu. “Sudahlah. Aku tengah sakit hati sekarang ni.Sempat pula kau tanya”marah Elnia.Syila menggeleng.Menafikan tuduhan yang di lemparkan untuknya.
**************************
ELNIA tersentak tatkala terdengar jeritan mama yang mengarahkannya agar segera bersiap. Khayalannya berlalu dibawa angin penghawa dingin di biliknya. ‘kenapa aku tiba-tiba ingat dekat mamat tu’bisik hatinya.Tubuhnya yang masih bertuala digantikan dengan baju kurung berwarna merah jambu.Rambutnya yang semula jadi keperang-perangan dilepaskan sahaja agar bebas menjadi mahkota kegadisannya.Wajahnya pula dilumur dengan bedak.Kemudian, Elnia turun ke bawah dengan payah. “Mmm… cantiknya anak mama”puji Puan Umairah. Elnia hanya memberi senyuman hambar.Dia tidak tahu ke mana destinasi yang ingin di tuju oleh mereka nanti.
“Irah, jemputlah masuk.Lamanya tak jumpa”ujar seorang wanita yang sedang berpelukan dengan mamanya.Elnia hanya memandang.Apabila wanita itu perasan akan kehadirannya, barulah Elnia menghulurkan tangan sambil memberi senyuman yang sengaja dimaniskan. “ini Aunty Syida. Ida, ini anak aku yang kau nak jumpa sangat tu, Syarifah Elnia”Aunty Syida memberi senyuman untuk Elnia. “Cantiknya.Masih belajar lagi ke?”soal Aunty Syida.Tentulah soalan itu untuk Elnia.Elnia hanya mengangguk. “17 tahun”mamanya mencelah. “samalah macam anak bongsu aku tu.Esok lusa kalau mereka ni dah bekerja,kahwinkan saja“ Gurauannya membuatkan hati Elnia tersentap “Rah, aku nak tunjuk koleksi pinggan mangkuk dari Paris. Suami aku yang beli”ujar Aunty Syida.Puan Umairah terpegun “wah! Vantage ke?”mama Elnia makin galak berbual.Elnia mula bosan.Padanya semua itu tidak mendatangkan sebarang faedah. “bukan tapi design dia memang cantik.Jom kita tengok”Ajak Aunty Syida. “Nia nak ikut mama?”tanya Puan Umairah.Dia tahu anaknya itu berasa tidak selesa dan bosan.Elnia hanya menggeleng.Dia mahu berjalan-jalan dan mengirup udara segar di luar rumah itu.Lamannya sungguh cantik.Air terjun buatan yang berada di tengah laman menarik perhatiannya.Sebuah kolam ikan turut di situ.Bunga-bungaan yang berbagai warna digantung dan pastinya menarik perhatian sesiapa sahaja yang mengunjungi banglo mewah tersebut.Boleh dikatakan laman Aunty Syida itu umpama Taman Bunga.Tiba-tiba Elnia terdengar deruman motosikal memasuki perkarangan rumah.Dia lantas ke depan untuk mengetahui gerangan si tetamu.Alangkah terkejutnya apabila melihat Syamer di situ. “oii, macam mana kau boleh ada dekat sini? Kau ikut aku ye?”Elnia mula mengesyaki sesuatu.Syamer langsung tidak membalas pertanyaan Elnia. Rambutnya yang kelihatan sedikit kusut disisir dengan menggunakan jemari runcingnya. Elnia mula baran apabila pertanyaannya disambut sikap endah tak endah Syamer.Tangannya disilang. “woi, telinga kau pekak ke?”Elnia menarik kasar bahu Syamer.Syamer yang sememangnya ingin menoleh telah membuatkan Elnia terdorong ke belakang. Bukkkk!!. Terkebil-kebil wajah kacak itu dipandang.’Aduhh, malunya aku’desis Elnia.Syamer terpegun melihat wajah Elnia.Agak kemerah-merahan.Mungkin malu kerana sudah kali kedua gadis itu tersungkur di hadapannya.Matanya tetap membulat. Ditambah pula dengan warna semula jadi di matanya iaitu coklat.Rambut Elnia keperangan. Angin kencang menyedarkan Elnia dari lamunannya.Rambut Elnia turut melambai-lambai.Dalam diam, Syamer memuji kejelitaan semula jadi yang dimiliki oleh Elnia.Kasihan pula melihat gadis tinggi lampai itu masih terduduk di lantai.Timbul pula idea untuk mengenakannya.Elnia kaget melihat Syamer berlutut di depannya. “perempuan cantik tak baik tempelak lelaki.Sebab perempuan yang cantik ni biasanya lebih disegani tapi ianya akan lebih sempurna jika kecantikan dalaman turut kau tonjolkan.Bukan ke bagus kalau cantik segala-galanya. Tengok apa dah jadi, ianya disebab kau tak tunjukkan sikap kau melalui hati yang tulus”bisik Syamer.Dia merasa ayat yang baru diucapkan itu agak lucu kerana tidak pernah dia berbicara sebegitu rupa.Geli pula rasanya ketika dia memainkan semula kata-kata itu di benaknya. Elnia terpaku.Terketar-ketar tubuhnya.Saat itu dia berasa ingin menjerit sekuat hati seperti yang pernah dilakukan setiap kali bertengkar dengan Syamer.Namun, tidak terluah suara serak basahnya.Syamer bangkit.Apabila dia sudah membelakangi Elnia, dia melemparkan senyuman.Dia berpatah balik ke arah Elnia “Hmm.. sepatutnya aku yang tanya kau, apa yang kau buat dekat rumah aku?”soalnya.Elnia tersentak. ‘rumah dia? Bererti anak bongsu yang dimaksudkan oleh Aunty Syida adalah Syamer’Elnia menelan liurnya walau terasa payah. Terngiang-ngiang kata-kata Aunty Syida “ Esok lusa kalau mereka dah bekerja, kahwinkan saja”….
**********************
3 BULAN BERLALU
HUBUNGAN antara gadis bernama Syarifah Elnia dan Syamer Imran semakin teruk.Pantang berjumpa atau bertembung.Pasti mulut mereka berperang.Suatu hari, ketika Elnia bersama Syila sedang berbual,seorang junior menghulurkan surat kepada Elnia “siapa yang bagi ni?”Syila pula yang terlebih teruja sedangkan Elnia bersahaja.Sewaktu di rumah, Elnia tiba-tiba teringatkan sepucuk surat yang baru diterimanya di sekolah.Lantas surat itu dikeluarkan dari beg sandangnya.Tulisan tangan itu direnung terlebih dahulu sebelum melihat nama si pengirim.
Jmpe aku kat taman mini di hadpn makmal sains pada pukul 5 ptg… hari ni!!! penting!!!
SYARIFAH ELNIA -SYAMER IMRAN-
Elnia merenyuk kertas berbau wangi tersebut lalu dicampakkan ke dalam bakul sampah. Jiwanya bergelora.Hatinya merana.Saat itu dia hanya mahu menampar lelaki itu.Dia sendiri tidak tahu mengapa hatinya akan berasa tidak keruan setiap kali isu tentang Syamer menerpa gegendang telinganya.Elnia merebahkan tubuhnya di atas katil.Tanpa diduga mata coklat miliknya terkatub jua akibat keletihan yang melanda.
Kringggg!!!! Jam loceng di tepi katil membuatkan telinga Elnia berdesing.Dia terpisat-pisat dalam kegelapan.Barulah dia tersedar bahawa petang tadi matanya terkuyu-kuyu ingin tidur.Malah, sempat pula dia ‘set’ jam.Jam loceng yang terletak di meja kecil dicapai.7.15 malam!!!! Elnia pantas membersihkan diri.Setelah solat maghrib,Elnia turun ke bawah untuk menonton televisyen.Dia tiba-tiba teringat sesuatu. ‘Syamer Imran’. Elnia tidak berjumpa dengannya petang tadi.Penting sangatkah sehingga ingin bertemu dengan dirinya selepas sesi persekolahan? ‘Ahhh, mesti dia nak kenakan aku’ bisik hatinya.
**********************
‘Eiii, mana lah pula mamat ni?Tak nampak langsung batang hidung’Elnia memanjangkan lehernya lagi untuk mencari Syamer.Akhirnya dia masuk ke kelas apabila Syila sudah memanggil. “apa yang kau buat dekat kelas sebelah?Terjengah-jengah saja aku tengok”soal Syila selepas sesi pembelajaran terakhir mereka tamat.Mereka berdua sempat singgah ke Kafeteria berhampiran sekolah.Ramai juga pelajar-pelajar yang menghabiskan masa di situ. Sememangnya itu lah ‘port’ kegemaran mereka. “Awak Elnia?”tiba-tiba seorang lelaki bertanya. Elnia yang sedang menyedut minumannya, tersedak apabila terdengar namanya dipanggil. Elnia mengangguk “ada surat untuk awak”kata lelaki tersebut . “Syila, ada ke postman hantar surat cari penerima sampai ke sini?”Elnia sengaja hendak menyindir pemuda tersebut .”Sebenarnya surat tu dihantar daripada ketua saya.Dia tak mahu surat itu dihantar ke rumah kerana terlalu personal”ujarnya.Elnia mulai hairan. “siapa ketua awak?”soal Elnia.Matanya membelek-belek surat di tangan. “Cik Elnia patut baca surat tu sekarang”saran pembantu si pengirim. Elnia terpaku.Si pengirim menyelitkan bunga mawar di sebalik kandungan surat tersebut.Dia kenal tulisan tangan itu…
Elnia, saat kau membaca surat kiriman ku ini, tentunya aku sudah tidak berada di bumi Malaysia lagi.Aku sudah terbang menuju ke Melbourne. Aku ingin memohon ampun dan maaf kerana selama ini hati kau membengkak kerana diriku.Selama ini aku sengaja membuat kau begitu kerana aku ingin menarik perhatian kau.Hatiku sudah tertarik dengan kerenah serta telatah kau.Walau ku tahu, hati kau untukku tidak lebih dari itu.Aku hampa kerana tidak dapat meluahkan perasaan ini di hadapan kau.Bukan tidak mahu tetapi kau sendiri memilih untuk begitu kerana kau tidak hadir ke tempat yang dijanjikan semalam.
Elnia, ingin ku katakan sekali lagi.Aku tak mampu kehilangan kau.Namun, apakan daya kerana aku hanya boleh melindungi kau melalui Imran.
“Percayalah, aku tak akan melupakan kau walaupun hanya empat bulan tempoh perkenalan kita.Kau tetap di hati ini”
SYARIFAH ELNIA -Syamer Imran
Air mata sudah membanjiri wajah mulus itu.Hatinya sebak.Ternyata dia tidak bertepuk sebelah tangan.Sayangnya kepada Syamer semakin menggunung.Hanya lelaki itu yang mampu membuat dirinya begini.Elnia mengangkat wajahnya sambil mengesat air mata “siapa Imran?” soal Elnia.Syila menepuk bahu kawannya dengan lembut.Tidak pernah dia melihat Elnia menangis begitu.Pemuda itu tersentak “ye, maaf kerana terlupa ingin menyerahkan Imran. Sekejap ye” ujarnya.Elnia pelik. ‘menyerahkan?’ Dia hanya memandang sahaja .Pemuda itu kembali semula dengan membawa sebuah patung beruang yang sangat besar.Elnia terkejut. ‘Inikah Imran?’.Elnia menghantar sebuah pandangan untuk meminta kepastian daripada Pembantu Syamer.Pemuda itu mengangguk, mengiyakan bahawa patung beruang itu dihadiahkan untuknya.Elnia makin sebak.Tubuh Syila dirangkul erat.Mengharap dirinya mendapat kekuatan di bahu sahabatnya itu. “Sabar El.Ini semua dugaan untuk kau”Syila menenangkan sahabatnya itu.Makin kuat tangisan daripada Elnia. “tapi aku sayang dia.Aku tak mahu dia tinggalkan aku”Bahunya terenjut-terenjut ingin mengungkap kalimah sayang. “maafkan saya Cik Elnia.Saya tidak dapat membantu apatah lagi Cik Syamer yang dipaksa untuk berhijrah ke sana.Saya sendiri sedih kerana saya sudah menganggap Cik Syamer macam adik saya sendiri”ujar lelaki itu. “maaf.Saya terpaksa pergi.Kalau ada apa-apa boleh hubungi saya”ujar lelaki itu sambil menghulurkan sekeping card berwarna hitam.Elnia mengangguk lemah.
***************
Lima tahun kemudian
“APA awak nak lagi ni? Saya banyak kerja”Elnia memeluk tubuh sambil merenung tajam Syed Syarif di hadapannya.Dia ingin menjauhkan diri dari lelaki itu.Elnia tidak mahu di selubungi bayangan Syamer setiap kali melihat Syarif.Bukannya dia ingin menlenyapkan Syamer, tetapi dia tidak mahu menyamakan Syarif dengan pengarang jantungnya itu. “nak awak boleh?”gurauan Syarif disambut jelingan tajam dari Elnia.Syarif ketawa lagi.Elnia tidak mengendahkan Syarif.Tangannya ligat menandatangani dokumen-dokumen penting. “awak ni sombong sangatlah.Macam dah kahwin saja.Awak dah kahwin ke?”dari nada suaranya, Elnia dapat menghidu bahawa Syarif cemburu “kalau betul pun apa salahnya”tenang sungguh suara Elnia membalas. Matanya masih tertancap pada fail-fail di atas meja.Syarif mendengus. “jadi betul lah?”tanya Syarif lagi.Elnia mengangkat wajah “seperti yang saya katakan tiga tahun lama dulu.Awak dah lama bekerjasama dengan syarikat saya.Sepatutnya, awak semakin bersikap professional dalam kerja.Soalan macam ni tak patut awak bangkitkan, Cik Syarif”ujar Elnia dengan lembut.Syarif terdiam. “tapi saya dah kenal awak lama”Syarif cuba menyangkal kenyataan yang dibuat oleh Elnia “tapi itu tetap tak merubah procuder syarikat, Cik Syarif”Elnia masih ingin menegakkan pendiriannya. “hmm.Okaylah”Syarif menuju ke pintu untuk keluar.Elnia berasa lega.Dia mencapai gambar milik Syamer lalu dipeluk erat.Air matanya tumpah lagi.Manakah bukti cinta tulus Syamer untuknya? Elnia bungkam.Dia mengesat air mata yang semakin deras mengalir di pipi.Ketukan di pintu mengejutkan Elnia dari lamunannya “masuk”arah Elnia.Setiausahanya menerpa ke dalam “kenapa Ika?”soal Elnia apabila melihat wajah Ika sedang tersenyum nakal “Cik Syarif nak makan bersama Cik Nia di Shangri-la Hotel malam ni.Dia jugak pesan kalau Cik Nia tak datang, Cik Nia akan menyesal”ujar Ika.Elnia mengeluh ‘huhh! perangai macam budak-budak’bisik hatinya.Lama dia terfikir. Kemudian menyuruh Ika keluar.Sekali lagi bayangan Syamer menabiri ruang matanya
“Nia, kau nak pergi mana?”Daniel dan Aiman iaitu rakan sekelasnya bertanya.Elnia tidak menjawab.Kakinya pantas melangkah .Motosikal yang dibonceng oleh mereka masih setia mengekori Elnia.Dia cemas.Saat itu hanya keluarga dan Syila di dalam fikirannya.Dia sendiri tidak tahu tujuan mereka mengekorinya.Perlahan-lahan Elnia menoleh “korang nak apa sebenarnya?”soal Elnia dalam gentar.Dari ekor matanya, dia tahu mereka mempunyai niat tidak baik terhadapnya.Elnia memandang sekeliling.Sunyi.Tiada sesiapa selain mereka “kau ni sombong sangat lah.Keras kepala pula tu.Tak payahlah jual mahal sangat”Ujar Daniel sambil tangannya mencuit dagu serta tangan gadis idaman mereka. Elnia menepis.Dia mengundur beberapa tapak ke belakang “apa korang merepek ni hah? Pergi sebelum aku report polis. Pergi!”jerit Elnia.Sudah tiada jalan lain untuknya.Semak belukar di belakang “mana kau nak lari?”Aiman membengis kemudian dia menerpa untuk menerkam mangsanya.Elnia menangis.Dia meminta tolong sekuat hati.Namun,Daniel dengan pantas menekup mulutnya. “lepaskan aku.Apa kau nak buat ni?”Elnia berasa takut yang teramat saat mereka sudah cuba untuk memeluknya. “errr… tolong!!!tolong!!!”Tidak putus-putus bibirnya meminta pertolongan “ahh. Diam lah! Aku kata diam!”Pipi mulus itu ditampar.Elnia menangis lagi.Bibirnya berdarah. Saat Daniel mahu meneruskan agendanya,mereka dikejutkan dengan satu tendangan dari arah belakang.Elnia pantas melarikan diri ke belakang lelaki yang telah menyelamatkannya itu.Lelaki tersebut memakai helmet.Mungkin tergesa-gesa ingin menyelamatkannya sehingga terlupa hendak membuka topi keledar.Daniel dan Aiman mula menyerang lelaki tersebut.Namun, kecekapan pemuda itu membuatkan mereka tesungkur di kakinya.Kemudian, mereka tergesa-gesa melarikan diri.Lelaki itu menoleh. Kemudian ingin segera berlalu.Elnia pantas menghalang “Terima kasih sebab bantu saya.Kalau awak tak ada, tak tahulah apa akan terjadi pada saya.Nama awak siapa?”soal Elnia.Matanya tidak jemu merenung lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu.Namun, jejaka itu tidak menjawab.Elnia sudah tidak sedap hati lalu menarik topi keledarnya.Masing-masing tergamam “kau?”Elnia sudah tidak terkata apa-apa. “jangan-jangan kau yang upah mereka untuk rosakkan aku?”tuduhan melulu dari bibir Elnia membuatkan Syamer terkaku “sungguh aku tak buat macam tu”Syamer menyanggah tuduhan tak logik dek akal yang dilemparkan untuknya. “sudahlah.Kau memang menyusahkan aku”tempik Elnia.Syamer menghantar pemergian Elnia dengan sebuah pandangan yang penuh mengharap.
Elnia mengesat air mata yang dari tadi asyik merembes.Rindunya pada Syamer sudah tidak tertahan.Dia mengerling jam di tangan. 5.30 petang.Elnia segera mencapai beg tangannya untuk pulang.Dia menyangkut kot berwarna hitam pada tubuhnya.Cermin matanya turut dipakai agar pekerja yang lain tidak perasan akan matanya yang membengkak.
****************
“ASSALAMUALAIKUM, mama buat apa tu?”Elnia meletakkan briefcasenya di atas sofa. Kemudian menyalami mamanya itu.Puan Umairah tersenyum melihat Elnia tersandar lesu di sebelah. “mama dapat panggilan dari Aunty Syida”ujar Puan Umairah.Elnia terkejut.Wajah mamanya dipandang. “apa dia kata?”soal Elnia.Dia amat mengharap berita tentang Syamer menjadi tajuk utama mereka. “Dia kata anak bongsunya nak kahwin”ujar Puan Umairah sambil tersenyum gembira.Barusan tadi dia berharap agar berita tentang Syamer menjadi tajuk utama perbualan mereka.Namun,tidak disangka-sangka kekecewaan adalah kesudahan cintanya untuk lelaki itu.Elnia menahan air matanya dari mengalir.Walaupun,dia tahu air mata itu adalah air mata terakhir dan ianya akan menjadi kenangan kisah cinta tak terluah mereka.Saat itu dia berasa seperti sebilah belati menghiris-hiris hatinya.Sebaknya tidak tertahan.Hati Puan Umairah tergerak untuk memandang anak gadisnya yang diam sedari tadi. Apabila dia menoleh dia terkejut melihat wajah anaknya yang sudah dibasahi dek air mata. “kenapa ni Nia?” Puan Umairah kaget.Elnia tidak menjawab.Dia berdiri lalu berlari ke bilik.
Elnia menangis semahu-mahunya.Matanya tiba-tiba terpandang Imran, patung beruang yang sering menjadi teman tidurnya, teman untuk menangis di kala kerinduan.Tanpa diduga, tangannya pantas merentap Imran lalu dibalingnya.Bibirnya terketar-ketar.Tidurnya ditemani mimpi ngeri.
***************
ELNIA merenung lelaki dihadapannya yang gugup sedari tadi. ‘kenapalah Syarif ni pelik semacam je’. “rasanya makan sudah, bercakap sudah, layan kerenah awak pun sudah.Jadi saya nak balik”ujar Elnia.Syarif menahan.Rasanya, sudah tiba masanya untuk dia meluahkan perasaannya terhadap Elnia.Hatinya gementar.Elnia merenung hairan. “awak jangan buang masa saya.Saya tak mahu orang tua saya risau kalau saya balik lewat.Apa sebenarnya yang awak nak katakan?”Elnia mengetap bibir.Hatinya sebal mengenangkan sikap Syarif yang hanya mahu orang mengikut kehendaknya sahaja.Susah hendak ditafsirkan sikap Syarif itu.Andailah dia tahu begini jadinya, tidak sekali-kali dia mengikut kehendak papa agar bekerjasama dengan lelaki itu.Jemari kanannya sengaja diketuk-ketukkan pada meja. “Elnia, saya kenal awak dah lama.Mesti awak tahu perasaan saya bukan?”kata-kata itu membuatkan Elnia tersentak. Matanya membulat.Elnia resah. ‘apa yang hendak diperkatakan?’desisnya perlahan. “awak jangan berkias-kias dengan saya boleh tak?Straight to the point saja. Saya tak suka main teka-teka ni”Elnia sengaja menyuruh Syarif mempercepatkan lagi bicaranya.Lelaki itu semakin gelabah.Sikap sempoi yang ditunjukkan oleh Elnia sebentar tadi membuatkan hatinya berkocak hebat. Bagaimanalah agaknya reaksi gadis itu setelah dia meluahkan rasa yang selama ini dipendam sahaja.Elnia membuat muka mencuka.Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia berdiri dan terus meninggalkan lelaki itu.Namun, tidak tergamak pula dia melakukan sedemikian dan menjatuhkan maruah lelaki itu.Jiwanya menjerit. “saya…saya dah jatuh sayang pada awak,Elnia. Saya nak awak jadi suri di hati saya”lancar sungguh ayat keramat itu keluar dari bibir Syarif. Syarif semakin gelisah melihat Elnia diam tanpa sebarang reaksi.Jiwanya berbelah bahagi. Wajah gadis pujaannya ditatap.Elnia masih terkejut mendengar pengakuan daripada Syarif. ‘Andai masa boleh diulang, takkan sekali-kali dia melakukan kesilapan… kerana sekarang ini dia sendiri yang terpaksa menanggung padahnya.Hatinya pada manusia bernama Syamer Imran. Namun,jasadnya hampir dengan lelaki bernama Syed Syarif’Elnia cuba melawan panahan mata Syarif. Namun dia tewas.Dapat dilihat sinar harapan di dalam mata itu.Elnia mengeluh. Syarif pula tersentak. ‘apakah yang sedang gadis itu fikirkan? Marahkah dia? Seolah-olah gadis itu sedang melepaskan satu beban yang sangat berat’ fikiran Syarif tidak lepas dari membina ayat terbaik untuk dia memecah dinding sepi antara mereka. “I’m happy”dua perkataan itu sahaja sudah lebih dari cukup bagi Syarif.Dia tersenyum gembira.Elnia kasihan melihat senyuman itu.Lelaki itu bagai sudah meletakkan harapan yang besar untuk Elnia galas. Elnia sedaya upaya menyedapkan hati dan memberi senyuman yang cukup ikhlas kepada insan yang bernama lelaki itu.Dia mahu berbicara dari hati ke hati agar lelaki itu mengerti keinginan hatinya.“saya hargai cinta awak.Tapi cukup sekadar itu sahaja,Syarif.Saya tak mampu membalasnya.Awak terlalu baik bagi saya.Awak juga banyak memberi kesedaran pada saya bahawa cinta pertama tidak semestinya cinta terakhir.” Ujar Elnia dengan lembut.Dia amat berharap lelaki itu akan mengerti. “Saya tahu yang saya tak sepatutnya berfikiran sempit.Hanya kerana seorang lelaki mengecewakan saya, awak pula yang kena tempiasnya.Awak nak tahu kenapa itu berlaku? Sebab wajah kalian serupa”Elnia tidak mampu meneruskan bicaranya.Dia mahu kelihatan tabah di hadapan Syarif kerana itulah keputusan yang telah dipilih olehnya.Wajarkah dia melukakan hati insan mulia itu? “Saya minta maaf kerana mengecewakan awak.Bukan niat saya untuk mempersendakan cinta awak.Tapi hati ini tak boleh dipaksa.Andai masa itu mampu saya putarkan semula, akan saya lakukan, Syarif.Tapi biarlah saya bawa diri ini buat sementara waktu.Saya memang tak layak untuk berdamping dengan lelaki sebaik awak, Syarif” Elnia mengangkat wajahnya, merenung mata lelaki tampan itu sedalam-dalamnya. Ingin mengembalikan keceriaan pada raut wajah itu. “saya faham”Syarif bersuara setelah lama bibirnya terkunci.Elnia segera mengesat air mata yang mahu mengalir dan memenuhi pipi mulusnya. “tapi saya mengharap ada ruang di hati awak untuk saya setelah awak bangun dari kecewa nanti.Bolehkan Elnia?”Elnia terkedu pabila dia merasa tangannya menerima sentuhan lembut jemari Syarif.Elnia tidak tahu apa yang harus diucapkan.Perlahan-lahan kepalanya diangguk.Dapat dilihat senyuman manis bergayut di bibir Syarif.Elnia memejamkan matanya, ingin menikmati kebahagiaan sementara antara mereka. Kemudian, dia dapat merasa terdapat kotak kecil diletakkan di telapak tangannya. Lantas matanya tercelik. “apa ni?”Elnia sengaja bertanya walaupun dia dapat mengagak isi kandungannya.Jemari Syarif masih bermain di pergelangan tangannya. “bukalah”Syarif memberi keizinan.Elnia dapat merasa suatu perasaan aneh yang pernah dirasainya sewaktu bersama Syamer. ‘Ahhh… aku mahu segera mengusir bayangan lelaki itu’gertak hati Elnia kepada dirinya sendiri.Lantas tangannya membuka kotak bersaiz kecil dan berbentuk hati itu. Matanya bersinar tatkala melihat kilauan cincin permata itu.Namun, Elnia buru-buru mengembalikan dirinya ke alam nyata. “Maaf.Saya tak boleh terima”kotak kecil itu ditolak lembut ke hadapan Syarif.Rasa bersalah juga kerana berkata begitu setelah melihat Syarif tersenyum hambar. “ambil sajalah.Anggap saja cincin itu pemberian dari saya, sebagai rakan awak”terasa susah Syarif hendak menyebut perkataan rakan.Namun ditelan juga rasa pahit itu.Perlahan-lahan Elnia menarik semula kotak tersebut lalu digenggamnya erat. “Jom, saya hantar awak balik” syor Syarif.Matanya sempat menjilat seluruh wajah Elnia.Mungkin gadis itu bukan miliknya.
Di bilik, Elnia tiba-tiba teringatkan kotak baldu pemberian Syarif untuknya.Lantas kotak itu dicapai.Dia membuka perlahan-lahan dan menyentuh lembut cincin bertatahkan berlian itu.Hatinya sedari tadi sering terusik mengenangkan keikhlasan lelaki itu, sedangkan lelaki yang dipuja selama ini mengkhianati cintanya.Dia seolah-olah dapat merasa perasaan lelaki itu setelah dia menolak mentah-mentah kasih yang mahu diberi kepadanya.Elnia keliru. Matanya kini tertancap pada secebis kertas yang terselit di tepi cincin tersebut.Lantas kertas itu dibuka. Elnia tergamam.
Elnia, terima lah cincin ini dengan hati yang tulus
Kertas kecil itu terlepas dari pegangannya.Serentak itu fikirannya ligat berputar, insiden di hadapan rumah Aunty Syida bermain di mindanya. ‘Ya Allah! Dugaan apa lagi yang ingin kau berikan padaku? Mungkin sampai di sini sahaja cubaan dari mu yang mampu aku lalui.Aku tidak kuat menempuhnya,Ya Allah! Kau berikanlah kepadaku secebis kekuatan agar aku mampu berdiri teguh di sisi insan yang bernama lelaki.’tangis Elnia di dalam hati.Dia ingat pada tulisan itu.Dia ingat pada ayat itu.Elnia mengucap panjang.Lantas dia berdiri dan berlalu ke bilik air.Elnia berwuduk.Setelah menunaikan solat isyak dan solat istigharah, dia sempat bermunajat kepada Allah agar dirinya dapat menentukan pilihan yang tepat.Perlahan-lahan kedua belah tapak tangannya menyapu muka.Elnia membaringkan dirinya di atas tikar sembahyang.Mutiara jernih itu tumpah lalu mengalir di pipinya lagi.Elnia memejamkan mata.Ingin cuba melapangkan hatinya daripada diselubungi kedukaan yang berpanjangan.
*****************
LANGKAH diatur penuh yakin.Elnia masuk ke dalam pejabatnya.Dia pantas meletakkan beg tangan serta bag laptopnya di atas meja.Selepas itu, Elnia bergerak ke almari untuk mengambil beberapa buah dokumen penting.Tiba-tiba pintunya diketuk bertalu-talu.Elnia pantas menyuruh tetamu tak diundang itu masuk.Dia terdengar pintu pejabatnya terkuak.Lantas dia berpaling.Setelah mengetahui gerangan si tetamu, Elnia kembali merenung laptopnya.Syarif melabuhkan punggung tanpa dijemput. “Nah.Tanda tangan dekat situ” Syarif menghulurkan sebuah fail kepada Elnia.Gadis itu tidak membantah.Tanda tangan segera diturunkan tanpa sebarang suara. “awak okey ke ni?”Syarif risau melihat wajah buah hatinya itu.Agak pucat.Elnia tiba-tiba bangkit dari duduknya.Perbuatannya itu membuatkan Syarif terkejut.Elnia bergerak menghadap wajah lelaki itu.Syarif juga sudah ikut berdiri.Dia turut menghadap Elnia.PANGG!!! Tangannya pantas memegang pipi kirinya.Sakit.Elnia buru-buru mengembalikan dirinya ke alam nyata.Syarif keliru melihat Elnia mengusap pipi kirinya. Kedua-duanya diam.Dalam diam,Elnia menyesali perbuatannya itu.Namun itulah yang diimpikan selama ini.Padanya, kesakitan di pipi Syarif tidak begitu parah jika hendak dibandingkan dengan luka di hatinya. “Syamer Imran”seru Elnia ketika Syarif sudah mahu memulas tombol pintu.Lelaki itu tergamam.Elnia menanti reaksi Syarif seterusnya. “Elnia” tujuan apakah dia menyebut nama gadis itu sedangkan Elnia sudah di hadapannya. “saya perlukan penjelasan daripada awak.Kenapa awak tinggalkan saya? Kenapa awak tak hantar khabar berita?Kenapa awak buat saya menderita?”Soalan bertalu-talu yang terbit dari dua ulas bibir itu membuatkan Syamer terdiam.Kedua-dua tangan gadis itu masih menumbuk-numbuk dada bidangnya. “siapa kata saya tinggalkan awak? Selama ini, saya di sini. Saya minta maaf sebab berbohong.Bukan niat saya nak menyeksa batin awak, tapi saya nak mengajar awak memperbaiki kelemahan diri.Dalam masa yang sama saya tetap memerhatikan awak.Salah ke saya? Salah ke saya buat macam itu?” Syamer sudah mencengkam bahu Elnia.Dia mahu memiliki sekeping hati gadis itu. “saya sakit. Lepaskan saya”suara serak basah itu mengerang.Pantas Syamer melepaskannya.Elnia lemas apabila Syamer berkali-kali meminta maaf dan berulang kali mengusap bahunya. “kahwin?”soal Elnia.Tangannya memeluk tubuh. “kahwin? Awak nak ajak saya kahwin?”soalan Elnia tadi telah di salah erti oleh Syamer.Gadis itu mengeluh sambil menepuk dahi. “Mama awak kata yang awak nak kahwin.Siapa perempuan malang tu?”sengaja Elnia mahu mengusik Syamer.Soalan Elnia disambut gelak besar dari Syamer. “awaklah perempuan tu”kata Syamer.Elnia terjerit kecil.Makin kuat gelak dari Syamer terhambur.Syamer akhirnya mengajak Elnia ke cafeteria berdekatan dengan Inspiration Holdings.Masing-masing bagaikan kekok sendiri.Elnia juga berasa begitu. “Jadi,selama ini awak bukan di Melbourne ke?”soalan daripada Elnia berjaya memecah tembok sepi antara mereka.Syamer mengangguk. “awak sayang saya kan?”soalan dari Syamer itu membuatkan Elnia mengunci diri.Dia tidak sanggup mengangkat wajah.Panahan mata Syamer tentunya akan membuat dirinya semakin tewas.Namun, apakah jawapan yang sesuai untuk dia berikan?Perlukah dia berterus terang sedangkan malam tadi dia sendiri sudah menjelaskan kedudukan yang sebenar.Malah, dia sendiri mengaku yang dia telah dikecewakan oleh seorang lelaki yang berwajah serupa dengan Syarif.Siapa lagi kalau bukan Syamer.Tentu lelaki itu sudah dapat mengagak dirinya adalah lelaki yang dimaksudkan itu.Hatinya semakin gelisah. “Elnia”seruan itu membuatkan bulu romanya meremang.Perlahan-lahan wajahnya diangkat. “kenapa awak tanya?”tanya Elnia setelah otaknya benar-benar buntu untuk mencari jawapan yang terbaik. “takdalah.Kalau awak sayang saya, saya ingat nak minta awak ambilkan tisu dekat kaunter tu untuk saya”jawapan itu membuatkan Syamer menerima ganjaran yang lumayan.Syamer pantas menggosok paha kanannya yang terasa sengal dek termakan sengatan berbisa daripada Elnia. “sakitlah” lelaki itu sempat menghadiahkan cubitan manja di pipi Elnia. Elnia pula mencebik. “tulah, main-main lah lagi kalau nak rasa cubitan sayang saya ni ya”ujar Elnia sambil menggoyang-goyangkan hujung jarinya.Selepas itu, dia berdiri dan berlalu ke kaunter.Tisu yang baru diambil itu diletakkan di hadapan Syamer. “kenapa dah tak panggil saya, kau lagi?”soalan itu sekali lagi berjaya membuat Elnia terkaku.Wajah kacak itu direnung sedalam-dalamnya. “saya nak lupakan kisah dulu.Saya dah berubah.Saya dah tak mahu ingat lagi kisah tu.Awak faham saya kan Syamer?” Syamer hanya mengangguk mendengar permintaan gadis pujaannya itu. “Mari saya hantar awak ke pejabat semula”ajak Syamer.Dia tidak mahu Elnia sedih walaupun dia di sisi gadis itu. Dia juga tidak mahu gadis itu kembali mengulit mimpi ngeri berpanjangan. “saya nak bawa awak jumpa mama dan papa saya.Bolehkan?”soal Elnia.Serentak itu wajah Syamer semakin berseri-seri.Lantas kepalanya diangguk.Elnia menguntum senyuman.Mereka berdiri.Namun, nasib tidak menyebelahi Elnia.Kakinya tiba-tiba tersadung kerusi lalu tubuh Elnia hilang imbangan.Syamer yang menyaksikan perkara tersebut pantas menyambut tubuh gadis itu. Kesian dia melihat wajah Elnia yang sudah memerah, sedangkan gadis itu hanya mengenakan sedikit pemerah pipi. “tarik nafas dalam-dalam, Elnia.Kemudian, hembus perlahan-lahan.Kalau tidak awak boleh pengsan.Cukuplah dulu awak selalu jatuh di hadapan saya, tapi kali ni saya takkan biarkan”ujar Syamer sambil mengusap perlahan belakang gadis itu. Tangan sebelah pula masih merangkul Elnia agar dia tidak tumbang semula.Kata-kata Syamer sebentar tadi meresap di segenap hatinya.Setelah Elnia kembali tenang,dia pantas menjarakkan dirinya dari Syamer.Lelaki itu tidak mempersoalkan tindakan Elnia kerana dia tahu perbuatannya tadi boleh menimbulkan syak wasangka…
******************
“APA yang papa saya kata tadi?” tanya Elnia sewaktu mereka sudah di dalam kereta.Barusan tadi dia dikejutkan dengan tetamu tidak diundang itu sedang berbual dengan papanya di ruang tamu.Lagi mengejutkannya ialah apabila mengetahui bahawa lelaki itu adalah Syamer.Elnia menoleh kekasihnya di sebelah.Dia agak kecewa melihat wajah muram Syamer.Lantas Syamer memusingkan stereng nya lalu memberhentikan kereta di bahu jalan.Dia tidak mahu tumpuannya terganggu apabila diajukan pelbagai soalan. Syamer memusingkan badannya agar dapat berhadapan dengan Elnia.Kemudian bibirnya menguntum senyuman “Elnia, saya tak boleh penuhi permintaan awak”ujar Syamer.Elnia terkejut.Langsung dia memalingkan wajah menghadap tingkap.Perbuatannya itu membuatkan Syamer serba salah. “saya tak boleh lupakan zaman persekolahan kita dulu.Saat itulah saya kenal awak.Mana mungkin saya sanggup lupakan kisah itu”kata-kata Syamer membuatkan Elnia kembali berpaling ke arahnya.Syamer gembira melihat senyuman manis bergayut di bibir mungil itu.Mereka terdiam seketika.Tiba-tiba Syamer memusingkan kepalanya menghadap Elnia “Imran sihat?”soal Syamer sambil tersenyum nakal.Elnia hanya tersenyum malu “Saya nak awak janji pada saya, awak tak akan tinggalkan saya lagi kan?”permintaan itu menggamit rasa sayang yang semakin menggunung di hati Syamer.Lantas kepalanya diangguk dan tangan halus itu dielus lembut.Elnia hanya membiarkan perbuatan Syamer.Namun, hanya seketika cuma.Perlahan-lahan tangannya ditarik lalu dia menepuk lembut bahu kekasihnya itu.Mereka sama-sama ketawa.Ternyata jodoh yang ditentukan tidak ke mana.Namun, doa serta munajat amat penting untuk mencari teman sehidup,semati.Andai insan mampu menonjolkan diri melalui hati yang tulus, maka cinta yang terbit di hati mampu mewangi persis di taman bunga.
***************
“AKU terima nikahnya Syarifah Elnia Binti Syed Iskandar dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai”tenang sungguh suara itu menyapa gegendang telinga Elnia.Bagai irama yang paling terindah seumur hidupnya.Sekali lafaz sahaja Syed Syarif a.k.a Syamer Imran memiliki gadis bernama Syarifah Elnia.Penuh yakin dia mendekati Elnia.Jari manis gadis itu disarungkan cincin bertatahkan berlian.Dia tersenyum melihat jari manis kiri Elnia pula tersarung cincin pemberiannya dahulu.Lantas dahi Elnia dikucup.Mereka turut diusik apabila syamer dengan selamba mencium kedua belah pipi Elnia.Tiraian kasih antara mereka sudah terbukti dengan hati yang tulus.Bicara mampu menipu, namun hati yang tulus tidak mampu begitu.
TAMAT
~TERIMA KASIH KERANA MEMBACA~

Langgan:
Catatan (Atom)