Isnin, 15 November 2010

SINOPSIS CERPEN SETULUS HATI

SYARIFAH ELNIA seorang gadis jelita yang sering menjadi kegilaan ramai.Namun, sikapnya yang keras kepala telah membuat mereka berasa dirinya sukar untuk didekati.Walhal, itulah kenyataannya. SYAMER IMRAN sering bertembung dengan Elnia.Pertemuan itu juga pasti diiringi dengan pertengkaran. Namun jauh di sudut hati masing-masing, terselit satu perasaan aneh yang tidak pernah dirasai oleh mereka.Dalam keresahan,Elnia menanti debar perkhabaran dari Syamer yang sudah lama tidak bersua muka dengannya.Jiwanya yang keras umpama kerikil jalanan, mampu berubah menjadi hati yang tulus.Kehadiran SYED SYARIF semakin menyeksa batinnya.Lelaki itu sering kali mengingatkannya kepada Syamer.Wajah mereka mirip bak pelanduk dua serupa.Namun, Elnia berkeras menafikannya.Dia tidak mahu hatinya terpaut pada Syarif hanya kerana wajah mereka yang sama.Hatinya terusan bersabar menunggu kepulangan Syamer sedangkan dia tidak menyedari insan kesayangannya itu sentiasa disisi. Adakah Syarifah Elnia akan terus setia terhadap Syamer Imran? Atau hatinya akan goyah dek termakan cinta suci Syed Syarif? SYAMER IMRAN ataupun SYED Syarif menjadi pilihan SYARIFAH ELNIA?